GCERT telah menerima makluman bahawa terdapat kelemahan pada aplikasi Joomla! versi 1.5.x yang digunakan oleh beberapa laman web agensi kerajaan yang terdedah kepada ancaman password reset bagi akaun Administrator secara jarak jauh.
Kelemahan tersebut akan membolehkan kata laluan bagi 'Administrator' diubah dan seterusnya membolehkan penceroboh menukar maklumat yang terdapat pada laman web berkenaan. Penceroboh juga berupaya untuk memasukkan backdoor ke server berkenaan dan seterusnya mendapat kawalan penuh terhadap server web tersebut.
Nama kelemahan : Joomla "token" Password Change Vulnerability
Versi Berisiko : Semua aplikasi Joomla! CMS versi 1.5.0 - 1.5.5
Tarikh Dikesan : 12 Ogos 2008
Tarikh Penyelesaian : 13 Ogos 2008
Kaedah Serangan Penceroboh boleh reset kata laluan bagi akaun pertama yang masih aktif (kebiasaannya adalah akaun Administrator)
Kesan Serangan
Penceroboh akan login sebagai Administrator dan berupaya membuat pelbagai perubahan termasuk mengubah kandungan laman web, mencipta akaun pengguna yang baru, memuatnaik backdoor, memasang perisian bot, dll.
Penyelesaian
1. Menukar (rename) akaun (login ID) 'Administrator' ke nama yang lain.
2. Menukar (rename) folder 'administrator' ke nama yang lain.
3. Menaiktaraf Joomla! CMS ke versi 1.5.6 atau audit source code bagi fail 'reset.php'